Monday, 23 May 2016

AWAL MATEMATIK


PENGENALAN AWAL MATEMATIK

Terdapat 6 tunjang utama dalam Kurikulum Standard Kebangsaan Prasekolah (KSPK) salah satunya ialah Tunjang Sains dan Teknologi yang merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti pembinaan menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT.

Awal Sains:

Penerokaan;
• Sikap saintifik yang positif (ingin tahu, sistematik, teliti) akan terbentuk.
• Kemahiran asas proses sains (kemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan piawai, membanding, mengelas) dikembangkan.
• Meneroka alam sekitar (tumbuhan, haiwan), alam bahan (objek yang tenggelam dan timbul, air, magnet dan alam fizikal ( pelangi, cuaca).

Pembinaan;
• Pembinaan objek seperti blok.
• Mempelajari konsep penghubung, lingkungan serta awal matematik.

Awal Matematik:

• Konsep Pranombor.
• Nombor.
• Operasi nombor yang mudah.
• Nilai Wang.
• Konsep waktu.
• Bentuk.
• Ruang.

Penggunaan ICT:
• Kemahiran asas (pengenalan komputer) sahaja.

Dalam blog ini Tabika KEMAS Ulu Jelu akan mengetengahkan berkenaan matapelajaran Awal Matematik di Tabika KEMAS yang berasaskan KSPK . Matematik berasal dari ‘máthēma’ yang bermaksud mempelajari , menimba, sains dan ia didatangi untuk menjurus kepada makna yang lebih sempit dan lebih teknikal. Didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang, atau dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada proses ketaakulan terhadap kejadian-kejadian alam sekeliling atau cakerawala.

Matematik merupakan satu sistem logik yang menentukan rumusan-rumusan yang terdiri daripada bahasa matematik yang tersendiri daripada simbol, hukum atau operasinya. Ianya dilahirkan daripada kehendak atau keperluan menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Contoh pemikiran logik yang membentuk konsep nombor kanak-kanak yang memerlukan pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan kefahaman berkenaan pemikiran kanak-kanak.



No comments:

Post a Comment