1.0 PRANOMBOR
Terbahagi
kepada beberapa pecahan iaitu :
- Pengelasan
- Perbandingan
- Seriasi
- Padanan satu dengan satu
- Pola
1.1 Pengelasan
Pengelasan adalah pengumpulan objek dalam kelas atau subkelas berdasarkan ciri-ciri yang jelas. Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan mengumpulkan objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan. Klasifikasi objek boleh dilakukan berdasarkan:
- Satu ciri (contoh: warna atau bentuk atau saiz)
- Dua ciri (contoh: warna dan bentuk atau warna dan saiz)
- Tiga ciri (contoh: warna, bentuk dan saiz)
- Negatif (contoh: objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu)
Kanak-kanak
akan diperkenalkan dengan cara menyusun mengikut susunan mudah dan
mengumpulkan mengikut bentuk, saiz, warna, corak, dan fungsi.
Aktiviti yang boleh dijalankan adalah dengan mencampurkan semua
barang-barang bersama. Kanak-kanak perlu mengasingkan barang-barang
tersebut dalam kumpulan atau set yang berbeza.
Aktiviti pengelasan adalah proses penting untuk membentuk konsep nombor. Proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap:
Aktiviti pengelasan adalah proses penting untuk membentuk konsep nombor. Proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap:
- Memilih dan membanding,
- Mengumpul,
- Memilih semula,
- Mengasingkan kumpulan, dan
- Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep.
1.2 Perbandingan
Perbandingan
adalah proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri
tertentu sebagai asas perbandingan (Gibbs dan Castadena, 1975).
Perbandingan berlaku apabila kita membandingkan ciri-ciri kuantitatif dan
kualitatif dua objek. Tujuannya adalah untuk memastikan murid-murid
menguasai konsep yang selalu digunakan dalam perbandingan seperti lebih
banyak, lebih kurang dan lebih tinggi.Contoh perbandingan: membandingkan:
1) Ukuran
- Panjang : pendek
- Tinggi : rendah
- Tebal : nipis
3) Berat
- Berat : ringan
4) Bilangan / kuantiti
- Banyak : sedikit
1.3 Seriasi
Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan
berdasarkan kriteria yang jelas. Tujuannya adalah untuk memastikan susunan
turutan yang betul. Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut
perkembangan konservasi dan pengelasan.
Contoh seriasi:
- Menyusun mengikut pola urutan
1.4 Padanan Satu dengan Satu
Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara
objek yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada konsep
memadan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan,
pasangan dan sebagainya, objek dengan nombor dan nombor dengan nombor.
Memadan bilangan objek dengan simbol juga adalah sebahagian daripada
konsep padanan satu dengan satu.
Contoh padanan satu dengan satu:
- Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut.
- Memadan benda yang
berpasangan tetapi tidak sama seperti garpu dengan sudu.
- Memadan bilangan yang
sama.
- Memadan bilangan objek dengan simbol nombor.
1.5 Pola
Salah satu aspek dalam matematik adalah mengkaji pola. Contohnya, dalam
kehidupan seharian kita, ada waktu siang dan waktu malam. Terdapat empat
cara bagaimana konsep pola boleh dikembangkan dalam diri murid;
- Meniru pola,
- Menyambung pola,
- Melengkapkan pola, dan
- Membina pola sendiri.
No comments:
Post a Comment