Masa adalah satu konsep yang abstrak dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Konsep masa berkait rapat dengan turutan atau seriasi. Turutan peristiwa seperti akhir, pertama, selepas, sebelum dan di antara menunjukkan idea kedudukan seperti pertama, kedua dan ketiga. Masa boleh diukur dengan dua cara iaitu:
- Tempoh masa (peristiwa yang mengambil kira masa ia berlaku).
- Waktu ia berlaku (ketika waktu itu berlaku).
Unit arbitrari untuk pengukuran masa seperti ayunan bandul, titisan air, denyutan jantung dan jam pasir. Unit formal bagi pengukuran masa pula seperti jam, hari, minggu, bulan dan tahun.
Empat pengalaman utama yang berkaitan dengan masa adalah :- Tempoh Masa (duration) terbahagi kepada pengalaman satu, pengalaman dua dan pengalaman tiga.
*Pengalaman Satu
Memulakan dan menghentikan sesuatu melalui isyarat. Contoh:· apabila muzik dimainkan, murid mula bertepuk tangan dan berhenti apabila muzik dihentikan.
- Kerusi Berirama
- Statue Dance
*Pengalaman Dua
Melalui pengalaman bercerita sesuatu yang berkaitan dengan kadar pergerakan. Contoh: Pantas, lambat
- Berjalan pantas.
- Berlari dengan perlahan
*Pengalaman Tiga
Membuat perbandingan mengikut sela masa (time interval). Contoh:
- Masa yang diambil untuk memenuhkan sesuatu bekas dengan air atau pasir.
- Kadar denyutan nadi dalam satu minit.
*Pengalaman Empat
No comments:
Post a Comment