2.0 NOMBOR
Nombor memainkan peranan penting dalam pembelajaran matematik. Nombor adalah sesuatu yang dikaitkan dengan kuantiti, kesedaran yang melibatkan konsep dari mudah ke kompleks. Nombor boleh dipecahkan kepada :
- Membilang
- Konsep nombor
- Operasi nombor
2.1 Membilang
Membilang adalah satu proses yang rumit dan memerlukan ketelitian yang mana murid-murid memberikan nama bagi sesuatu nilai nombor. Terdapat empat prinsip membilang yang perlu dikuasai oleh murid sebelum mereka dapat membilang secara rasional dan bukan secara hafalan.
Empat prinsip ini adalah:
- Prinsip padanan satu dengan satu, di mana murid dapat memadankan satu objek dengan satu nama nombor,
- Prinsip susunan nombor yang mengikut urutan (stable order) iaitu bermula dari 1,2, 3,... dan seterusnya
- Prinsip Cardinal iaitu nama dan nombor yang terakhir adalah jumlah objek yang dibilang, dan Order Irrelevance (ketakberkaitan) iaitu boleh memulakan pengiraan dari mana-mana kedudukan. Untuk menjadi pembilang yang rasional, murid harus menguasai keempat-empat prinsip tersebut.
2.2 Konsep Nombor
Konsep nombor disimpulkan oleh pemikiran seseorang daripada kumpulan atau kumpulan benda yang dilihat. Konsep nombor menggambarkan bilangan atau banyaknya benda bagi sesuatu kumpulan iaitu sifat kuantiti benda tersebut manakala angka adalah simbol atau tanda yang mewakili serta menggambarkan konsep nombor.
Sistem nombor yang digunakan hari ini mempunyai empat ciri penting iaitu:
- Nilai tempat – kedudukan digit mewakili nilai tertentu.
- Asas sepuluh – bermaksud koleksi sepuluh yang mempunyai 10 digit dari sifar ke sembilan.
- Penggunaan sifar – Simbol untuk sifar yang menyatakan sesuatu yang tidak wujud.
- Mempunyai nilai tambah
- Nombor boleh ditambah berdasarkan nilai tempat.
Pembelajaran operasi nombor melibatkan konsep tambah (+) dan tolak (-). Konsep asas bagi operasi tambah ialah proses dua himpunan yang disatukan dan menjadi jumlah tertentu. Manakalan konsep tolak adalah apabila satu himpunan objek dikeluarkan sebahagian daripadanya.
Prasyarat sebelum mengajar operasi nombor adalah:
Prasyarat sebelum mengajar operasi nombor adalah:
- Membilang – berdasarkan 4 prinsip membilang secara rasional.
- Pengalaman konkrit – operasi dimulakan dengan bahan maujud secara bergambar atau simbol.
- Konteks penyelesaian masalah
- Satu situasi penyelesaian masalah diberi.
- Penggunaan bahasa yang betul
- Bahasa yang betul perlu digunakan supaya operasi itu lebih bermakna.
Operasi nombor terbahagi kepada 2 iaitu :
(a) Operasi Tambah
Operasi tambah merupakan gabungan antara dua set objek. Guru boleh menggunakan pendekatan ELPS (Experience, Language, Picture, Symbol) ketika mengajar operasi tambah. Pengalaman konkrit diberikan di samping penggunaan yang betul bagi mewakili operasi dalam bentuk bergambar serta bentuk simbol.
Contoh:
- Menggunakan objek konkrit.
- Menggunakan bahasa yang betul. Contohnya Tiga tambah lima sama dengan lapan.
- Menggunakan gambar untuk mewakili nombor-nombor tersebut.
(b) Operasi Tolak
Operasi tolak mempunyai beberapa makna atau pengertian seperti berikut:
- Memisahkan atau mengurangkan kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan dan melihatkan baki yang tinggal.
- Membandingkan dan mencari perbezaan. Ini melibatkan dua kuantiti dan
melibatkan perbezaan.
- Berapa lagi yang diperlukan. Ini melibatkan satu kuantiti keseluruhan yang mana satu bahagian telah diketahui dan kita perlu ketahui bahagian yang tinggal. Nyatakan berapa yang perlu ditambah kepada 3 untuk mendapat 8. ?+ 3 = 8
No comments:
Post a Comment