PENGUKURAN

3.0 PENGUKURAN






Pengukuran adalah satu proses di mana satu nombor diberikan kepada ciri (attribute) (contohnya panjang, berat, kapasiti, luas, isipadu, suhu dan masa) sesuatu objek atau peristiwa. Kebolehan mengukur terbentuk daripada pengalaman, pengelasan, perbandingan dan turutan.

Proses aktiviti pengukuran biasanya perlu melibatkan kanak-kanak merekodkan ukuran, membandingkan ukuran dan menceritakan ukuran yang dilakukan. Dua jenis unit boleh digunakan dalam pengukuran iaitu;- Arbitrari (arbitrary) – contohnya: jengkal, paper clip, tapak kaki, langkah.- Unit piawai seperti:
  • Sentimeter - panjang
  • Liter - isipadu
  • Kilogram - berat
  • Meter persegi - luas
  • Darjah celcius - suhu
  • Meter padu - isipadu
Terdapat beberapa peringkat untuk mengajar pengukuran iaitu:



- Mengenalpasti ciri (attribute) dengan membandingkan objek secara:
- Pilih satu unit sama ada unit arbitrari atau unit piawai. Kemudian bandingkan objek dengan unit yang dipilih.
- Cari bilangan unit seperti;
 Persepsi – perbandingan persepsi tentang panjang (bandingkan dua objek yang mana lebih panjang atau
adakah ia sama panjang)
 Secara langsung – guru menyediakan beberapa bahan konkrit seperti klip kertas, krayon, thumbtack dan lain-lain. Kemudian ukur secara terus dan buat perbandingan.
 Secara tidak langsung – berasaskan sesuatu rujukan, murid menggunakan tali untuk mengukur bahan panjang. Tali bertindak sebagai bahan pengukur.
- Pilih satu unit sama ada unit arbitrari atau unit piawai. Kemudian bandingkan objek dengan unit yang dipilih.
- Cari bilangan unit seperti;
 Membilang menggunakan instrumen tertentu seperti pembaris, jangka suhu, penimbang dan kalendar.
 Menggunakan rumus (formula).
- Laporkan bilangan unit.






No comments:

Post a Comment